Saturday, April 25, 2009

Bahasa sesuai untuk blog

Satu perkara iaitu mengenai bahasa apa yang perlu digunakan untuk blog yang akan dibina. Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris?

Boleh dikatakan, kebanyakan yang membina blog sendiri lebih mahu dan suka menghasilkan blog di dalam Bahasa Melayu. Saya tidak pasti kenapa. Cuma secara asasnya, mereka tidak tahu atau tidak yakin menulis di dalam bahasa Inggeris. Mungkin juga sebab topik mereka lebih sesuai dalam bahasa Melayu.


Ingin saya nyatakan, jikalau anda membuat sebuah blog dan 90% bahasa yang digunakan adalah bahasa Melayu, teramat sukar sedikit untuk anda menjana pendapatan melalui blog tersebut berbanding dengan blog berbahasa Inggeris.


TETAPI, adakah membuat blog ini semata-mata untuk mendapatkan duit?


Sudah tentu TIDAK. Ramai yang salah sangka atau tersalah sangka, apabila sebut sahaja blog, terus fikirkan “buat duit dengan blog“. Sikit sikit duit, sikit sikit duit.. Dan bila sebut blog juga, terus teringatkan Adsense.Begitu sinonim sekali kedua-dua perkara ini. Jikalau anda membina sebuah blog dan meletakkan matlamat utama untuk menjana pendapatan melaluinya, anda pasti akan KECEWA.


Ini kerana, membuat duit dengan blog bukanlah satu usaha yang mudah sebenarnya. Anda memerlukan usaha yang konsisten dan fokus yang kuat, di samping beberapa faktor asas yang lain.

Jikalau anda bertanya kepada saya, apakah tujuan saya mewujudkan blog ini, jawapan saya ialah, saya mahu berkongsi ilmu, pengalaman dan pengetahuan bersama orang lain. Dan mahu membina rangkaian persahabatan secara Online dengan blogger dan juga dengan usahawan-usahawan Internet yang lain.


Blog, BUKAN hanya sekadar untuk membuat duit, tapi lebih daripada itu. Ia boleh digunakan untuk pemasaran bagi perniagaan atau produk anda, boleh juga digunakan oleh seorang CEO syarikat besar dan ia diwujudkan semata-mata mahu membantu orang lain dengan berkongsikan apa-apa info dan pengetahuan.



melayu boleh

No comments:

Post a Comment