Thursday, May 14, 2009

Minyak naik balik

Dah agak da..ye betul apa yang saya agakkan selama ini menjadi kenyataan,kenapa ye..sebenarnya minyak naik lagi,..bukan sekarang,tapi 3 bulan dari sekarang,harga minyak sekarang rm 1.80 seliter bagi kualiti minyak ron 92,dan bakal di tukar kepada ron 95 dengan harga subsidi kerajaan iaitu rm 2.00.walaupun harga ni naik 20sen rasa2nya lah,adakah harga ini berada di dalam tahap kemampuan atau di luar tahap kemampuan.Bagi saya harga minyak ni memang patut naik sedikit,bukannya saya sokong tentang kenaikan harga ni,tapi tak pulak saya membantah..bukanya apa,harga tambang bas dan lrt di kl ni boleh dikatakan murah jugak la kalau nak di bandingkan dengan kos penggunaan petrol kenderaan anda,saya sendiri pernah berhabis Rm 350 untuk minyak kereta saya (tapi sekali tu je la,saja jalan makan angin balik kampung)Lagi satu,kalau rakyat kl ni semua sepakat naik pengangkutan awam,rasa2nye lah jem kat kl ni boleh di bendung tak..rasanya tak kot.. @:-)

Sunday, May 10, 2009

Kesan kegawatan ekonomi

FAKTA: Dari kesan kegawatan ekonomi,persekutuan majikan-majikan Malaysia (MEF) telah melaporkan dianggarkan 200,000 hingga 400,000 pekerja akan kehilangan pekerjaan tahun ini..persoalannya sekarang,apakah plan B anda sekiranya anda di berhentikan kerja tahun ini?Adakah keluarga kita terselamat dari tsunami kegawatan ekonomi yang bermula dari negara "uncle sam" ni??..Cukupkah pendapatan anda 3K-5K sebulan dengan anggaran inflasi 6.5% sekitar lembah kelang??..Adakah sepanjang tahun ini perniagaan anda berkembaang pesat ketika ekonomi negara dijangka merosot sekitar 40%-50%??..Sekarang cuba kita renungkan sejenak,dimanakah kedudukan kita,adakah kita selesa dengan gaji yang kita dapat setiap bulan?Memang betul sekarang ni harga minyak berada di bawah paras harga mampu bayar,tapi sedarkah andaharga barang sekarang da melambung mahalnya.Kalau dulu semasa harga petrol mahal,rakyat boleh kaitkan harga barang naik disebabkan harga minyak naik,tapi camne sekarang ni,harga petrol da turun,tapi harga barang masih lagi membebankan..fikir2 la www.rebatminyak.com/jjs

Saturday, April 25, 2009

Bahasa sesuai untuk blog

Satu perkara iaitu mengenai bahasa apa yang perlu digunakan untuk blog yang akan dibina. Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris?

Boleh dikatakan, kebanyakan yang membina blog sendiri lebih mahu dan suka menghasilkan blog di dalam Bahasa Melayu. Saya tidak pasti kenapa. Cuma secara asasnya, mereka tidak tahu atau tidak yakin menulis di dalam bahasa Inggeris. Mungkin juga sebab topik mereka lebih sesuai dalam bahasa Melayu.


Ingin saya nyatakan, jikalau anda membuat sebuah blog dan 90% bahasa yang digunakan adalah bahasa Melayu, teramat sukar sedikit untuk anda menjana pendapatan melalui blog tersebut berbanding dengan blog berbahasa Inggeris.


TETAPI, adakah membuat blog ini semata-mata untuk mendapatkan duit?


Sudah tentu TIDAK. Ramai yang salah sangka atau tersalah sangka, apabila sebut sahaja blog, terus fikirkan “buat duit dengan blog“. Sikit sikit duit, sikit sikit duit.. Dan bila sebut blog juga, terus teringatkan Adsense.Begitu sinonim sekali kedua-dua perkara ini. Jikalau anda membina sebuah blog dan meletakkan matlamat utama untuk menjana pendapatan melaluinya, anda pasti akan KECEWA.


Ini kerana, membuat duit dengan blog bukanlah satu usaha yang mudah sebenarnya. Anda memerlukan usaha yang konsisten dan fokus yang kuat, di samping beberapa faktor asas yang lain.

Jikalau anda bertanya kepada saya, apakah tujuan saya mewujudkan blog ini, jawapan saya ialah, saya mahu berkongsi ilmu, pengalaman dan pengetahuan bersama orang lain. Dan mahu membina rangkaian persahabatan secara Online dengan blogger dan juga dengan usahawan-usahawan Internet yang lain.


Blog, BUKAN hanya sekadar untuk membuat duit, tapi lebih daripada itu. Ia boleh digunakan untuk pemasaran bagi perniagaan atau produk anda, boleh juga digunakan oleh seorang CEO syarikat besar dan ia diwujudkan semata-mata mahu membantu orang lain dengan berkongsikan apa-apa info dan pengetahuan.



melayu boleh

Kuasa blog automotif


Pasti ramai yang angkat topi dengan pendedahan eksklusif beberapa gambar kenderaan pelbagai guna (MPV) pertama keluaran Proton Holdings Berhad berharga sekitar RM80,000 sebuah yang bakal dilancarkan pada bulan April ini, jika tiada aral yang melintang.


Masakan tidak angkat topi kerana semua terutama peminat kenderaan bersaiz besar seperti MPV, kenderaan utility sports (SUV) dan pacuan empat roda (4WD) tempatan yang sedang ternanti-nanti rupa bentuk MPV keluaran Proton menyangka hanya dapat melihatnya semasa majlis pelancaran dalam masa kira-kira tiga bulan lagi.


Hakikatnya, ramai juga yang sedang mengumpul dana mencukupi untuk memiliki MPV keluaran Proton ini yang dijangka menawarkan harga pasaran yang cukup kompetitif berbanding kenderaan dalam segmen yang sama, justeru teruja untuk melayari blog-blog untuk melihat rupa paras MPV berkenaan.


Sebenarnya, pendedahan seperti ini bukanlah pertama kali dilakukan oleh pengendali blog sama ada di peringkat tempatan dan luar negara yang sentiasa memberi maklumat terkini mengenai apa yang berlaku dalam dunia automotif.


Blog lebih mudah menjengah peminat automotif bersandarkan penggunaan internet yang mampu memuat turun apa jua bahan sama ada teks atau gambar pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja serta boleh dilayari setiap masa berbanding majalah atau surat khabar yang terikat dengan tempoh penerbitan sama ada setiap hari, seminggu dan sebulan sekali.


Justeru, bukanlah sesuatu yang memeranjatkan trend semasa menunjukkan blog-blog automotif semakin mendapat perhatian oleh banyak pihak terutama peminat permotoran yang sentiasa dahagakan maklumat serta gambar terkini mengenai dunia permotoran.


Mereka tercari-cari model terbaru di pasaran, rekaan terbaru aksesori, penilaian sesi uji pandu model terkini, trend semasa jualan kereta terpakai dan pelbagai petua penjagaan kereta mahu pun cara menjimatkan penggunaan petrol.


Petikan artikel dari sumber utusan melayu